Monday, 30 September 2019

Cara Membuat Nota

CARA MEMBUAT NOTA
Oleh: Muhammad Razin Faris bin Fouzi

Definisi Nota
         Catatan bertulis yang digunakan untuk rujukan (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Nota merupakan catatan isi-isi penting sesuatu mata pelajaran atau sesuatu maklumat yang telah diringkaskan dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami. Hasil kajian daripada G. Staley,1962 mendapati bahawa mereka yang membaca nota hanya akan mengingati 25 peratus sahaja hasil notanya manakala mereka yang menulis nota akan mengingati sebanyak 65 peratus hasil notanya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kejayaan seseorang individu terutamanya para pelajar memerlukan mereka untuk menulis nota.

Nota yang efektif
       Sesuatu nota sangat penting untuk dicatat dengan cara yang efektif. Terdapat beberapa aspek yang perlu diperhatikan dalam mencatat nota yang efektif seperti mengetahui idea utama supaya seseorang itu mengetahui apa yang hendak dicatat dan bukan mencatat semua perkara. Selain itu, mencatat nota dalam bentuk grafik supaya sesuatu nota akan menjadi lebih menarik dan mudah untuk diingati serta dapat mengelakkan daripada kebosanan. Seterusnya, mencatat sumber maklumat yang diperolehi supaya kita dapat merujuk kembali untuk mengenal pasti sesuatu fakta.

CARA MEMBUAT NOTA


Annotation
    Annotation merupakan catatan nota untuk menjelaskan sesuatu dalam bentuk keterangan ringkas. Penjelasan ini mestilah mengandungi maklumat bibliografi yang lengkap. Cara ini sesuai digunakan untuk bahan-bahan kerja seperti artikel, bab-bab buku dan laman web. Nota ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti menggariskan fakta-fakta, menandakan isi-isi penting, menggunakan highlighter dan menggunakan pelekat. Kaedah ini bukan sahaja membantu untuk mengingat isi-isi penting malahan membantu dalam mengelakkan seseorang membaca semula keseluruhan teks.

Outline Notes
     Outline note merupakan catatan nota yang menggunakan frasa dan kata kunci. Nota yang disediakan ditulis dalam bentuk point dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan. Nota dibuat dengan menyenaraikan point utama iaitu fokus kajian dan subpoint iaitu tinjauan dan analisis masalah. Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan tajuk kecil serta identation.

Column Notes
    Column notes merupakan nota yang ditulis dalam bentuk kolum. Kolum kiri diisi dengan idea utama, tajuk atau subtajuk manakala kolum kanan diisi dengan perenggan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk. Cara ini untuk mengklasifikasi sesuatu agar lebih mudah untuk difahami dan sangat sesuai digunakan bagi subjek Sains dan Matematik.

Summary Notes
       Summary notes atau nota rumusan merupakan nota yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. Nota ini hanya menulis peristiwa atau isi penting dengan menggunakan ayat sendiri yang mudah difahami dan ditulis dalam bentuk perenggan. Nota rumusan ini memberi gambaran awal atau ringkasan tentang sesuatu topik. Ia boleh juga diibaratkan sebagai sinopsis sekaligus meningkatkan lagi kefahaman seseorang. Terdapat ruangan yang disediakan di antara nota untuk membuat maklumat tambahan atau perubahan

RUJUKAN

Wong Kiet Wah et al. (May 2019). SPG Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Alat-alat CoRT


ALAT-ALAT CORT I DAN CORT IV
Oleh: Khairul Hadi bin Mohd Nor Hasri

ALAT-ALAT CORT 1

PENDAHULUAN
Dalam bidang pendidikan, kita tidak boleh lari dari proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru dan pelajarsteru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempekenalkan banyak pendekatan untuk malahirkan generasi yang cemerlang. Antaranya, pendekatan CoRT yang dipelopori oleh Edward De Bono.Istilah CoRT ini sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan “Cognitif ResearchbTrust”. Singkatan ini dicipta oleh Edward De Bono semasa beliau mencuba kaedahdi sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalammembantu meningkatkan kognitif pelajar.Hasil kajiannya telah menunjukkan hasilyang memberangsangkan. Justeru, beliau telah meminta guru-guru di sana untukmelaksanakan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi CoRT
CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRTmenggalakkan individu untuk berfikir secara meluas.

CoRT telah diperolehi oleh Edward De Bono pada tahun 1969  Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Tujuan utamanya adalah untuk melihat keberkesanannya dalam membanrtu meningkatkan kognitif pelajar.Alat CoRT 1 dicipta bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentangsesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.

Alat cort merupakan instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi            
           
Alat   CoRT 1 terdiri daripada 7 alat iaitu :
PMI (plus, minus, interesting) (baik , buruk, menarik)
CAF (consider all factors) (Ambil kira semua faktor)
C & S ( consequence & sequel)(Kesan dan akibat dari kesan)
AGO ( Aims, Goals, Objectives)(Tujuan, matlamat, objektif)
FIP ( First, Important, Prioriti )Keutamaan Mengikut kepentingan
APC ( Alternatives, Possibilities, Choices )Alternatif, Kemungkinan &  Pilihan
OPV ( Other People’s Views )Mengikut Pandangan Orang Lain

Berfikir Kreatif
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea yang tidak terhad, pelbagai, baru, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, mudah ubah, dan dapat dikembangkan kepada idea yang lebih luas dan terbuka.

• Pemikiran kreatif berfungsi memperluas dan memperkembang daya imaginasi inovasi dan kreativiti untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan baru.

Komponen CORT IV
1. Ya , Tidak , Po
2. Batu Loncatan (Stepping Stone )
3. Input Rawak ( Random Input )
4. Cabaran Konsep
5. Idea Dominan
6. Takrifkan Masalah
7. Singkirkan Kecacatan
8. Kombinasi
9. Keperluan
10. Penilaian


Alat-alat berfikir dalam membuat nota


ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
Oleh: Ahmad Bahruddin bin Yahya

PENGURUSAN GRAFIK
Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Secara umumnya, PG ini berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998).

CONTOH-CONTOH PENGURASAN GRAFIK

(i) PG membanding dan membezakan
(ii) PG membuat kategori
(iii) PG meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan
(iv) PG menerangkan sebab
(v) PG membuat ramalan
(vi) PG membuat periksa andaian
(vii) PG membuat keputusan
(viii) PG menyelesaikan masalah

PETA MINDA
Peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat. Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat. Peranan penting dalam peta minda ialah : merangka, mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan
TUJUAN
Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar:
(i)            Mencatat nota dengan mudah.
(ii)           Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.
(iii)          Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv)         Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar

PEMETAAN i-THINK
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif.



  • ·         Peta Bulatan berfungsi dengan mendefinisikan mengikut konteks.




  • ·         Peta buih digunakan untuk menerangkan kualiti.





  • ·         Peta Buih Berganda untuk membanding bezakan.





  • ·         Peta pokok untuk membuat pengelasan




  • ·         Peta dakap untuk menghubungkan seluruh bahagian.





  • ·         Peta alir untuk menunjukkan urutan.




  • ·         Peta pelbagai alir menerangkan sebab dan kesan.





  • ·         Peta titi menerangkan anologi untuk sesuatu hubungan.


TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

  • ·       Penyoalan Sokratik
  • ·       Soalan bertumpu dan mencapah
  • ·       Lingkaran soalan


Penyoalan Sokratik
Cara mengajar yang menggunakan kaedah penyoalan, iaitu mengemukakan soalan demi soalan untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan meningkatkan kefahaman serta menyelesaikan masalah secara berperingkat-peringkat. Peranan seorang guru dalam kaedah sokratik ini adalah pemudah cara bagi pelajar untuk menyelesaikan kemusykilan sehingga dapat diselesaikan.(Krohn,2004).Ringkasnya,kaedah sokratik adalah dialog antara pelajar untuk menyelesaikan persoalan yang diberikan oleh guru.Peranan guru dalam penyoalan sokratik:
·       Meminta pelajar-pelajar memberikan jawapan beserta contoh yang berkaitan
·       Mencadangkan satu contoh yang hampir serupa dengan situasi yang diberikan kepada pelajar
·       Memberikan satu analogi dalam menerangkan sebuah konsep

Soalan Bertumpu dan Mencapah
Soalan Bertumpu :
·         Soalan yang memerlukan jawapan yang terhad & tepat
·         Soalan aras rendah
·         Soalan tertutup Bersifat objektif

 Soalan Mencapah :
  •          Soalan yang mempunyai jawapan
  •          Lebih analitik, berbentuk sintesis
  •          Soalan aras tinggi
  •         Soalan terbuka
  •         Bersifat subjektif


Lingkaran Soalan
Bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop-skop tertentu:
  •  Skop perkara (P)
  •  Skop individu (I)
  •  Skop luar individu (LI)

·         Contoh soalan skop (P)
  • Senaraikan jenis sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin A.

·         Contoh soalan skop (I)
  • Pada pendapat anda, apakah kepentingan VitaminA terhadap badan kita?

·         Contoh soalan lingkaran (LI)
  • Adakah ikan salmon yang popular di negara Jepun itu mengandung Vitamin A yang tinggi?


RUJUKAN
Yee, Mei Heong; Lee, Ming Foong; Jailani Bin Md Yunos; Widad Bt. Othman dan Tee, Tze Kiong (2009). Penyebatian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pencetusan Idea Projek Bagi Mata Pelajaran Teknikal. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional 2009 (TVE 2009).

 

Blogger news

Blogroll